Apa itu Broker Saham (Mahersaham.com)

Oleh: Siti Afizah Rincing (Mahersaham.com)

broker

Ramai yang sering salah faham tentang ini.

Menurut kamus dewan bahasa, broker adalah orang tengah dalam urusan perniagaan.

Ramai yang fikir broker saham adalah individu seperti mana broker hartanah dan broker kereta sedangkan broker saham adalah syarikat.

Broker saham adalah syarikat tengah yang menghubungkan di antara pelabur dan Bursa Malaysia.

Kerana pelabur tidak boleh membeli saham syarikat direct daripada Bursa Malaysia.


Struktur Pasaran Saham Terbuka

broker

Syarikat : Listing di bursa Malaysia yang mana semua orang boleh beli saham syarikat tersebut.

Bursa Malaysia : Nama lamanya bursa saham BSKL diibaratkan seperti ‘pasar’ yang menjadi tempat jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).

Syarikat Broker/ Investment Bank : Syarikat yang mempunyai lesen dan kebenaran dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk jadi “ORANG TENGAH” menghubungkan antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).

Dealer/Remisier: Jika seseorang ingin membuka akaun saham CDS, orang tersebut  mesti membuka akaun ini dengan  seorang dealer atau remisier yang mengurus akaun tersebut. Dealer / Remisier juga berperanan memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham.

Pelabur : Orang awam (kita semua).


Senarai Broker di malaysia

broker

Merujuk kepada Bursa Malaysia terdapat 29 Syarikat broker saham di Malaysia. Gambar di atas hanya merujuk kepada senarai syarikat dan tidak melibatkan ranking syarikat.

Banyak jugak kan broker saham ni, korang mesti peningkan nak buat pilihan. Nak pilih macam mana korang kenalah buat sedikit kajian.

Antara banyak-banyak senarai yang ada sudah pasti ada perbezaannnya.

Apa yang membezakan setiap broker saham ni? Jom teruskan bacaan.


Perbezaan Broker Saham

broker saham

 

broker saham

broker saham
Kredit gambar: https://klse.i3investor.com/jsp/hti/brokers.jsp

Kalau diikutkan terdapat beberapa perbezaan yang paling ketara antara broker-broker saham ni antaranya:

  • 1.Brokerage fee
  • 2.Platform
  • 3.Servis oleh Broker / Remisier


Brokerage Fee

Seperti yang kita tahu dalam pelaburan saham juga melibatkan kos transaksi jual beli.

Brokerage fee adalah salah satu daripada kos tersebut.

Kos yang dikenakan berbeza mengikut jenis akaun yang anda buka dan juga syarikat broker mana yang anda pilih

Sebagai contoh, di MALACCA SECURITIES SDN BHD (Mplus / M+) kami menawarkan cash account trading dan margin account trading.

Brokerage fee untuk cash account lebih rendah berbanding margin account.

Brokerage fee yang dikenakan oleh MALACCA SECURITIES adalah seperti berikut

INTRADAY0.05%Minima RM8
SWING0.08%Minima RM8

Brokerage fee di Mplus sangat murah

Anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel brokage fee Mplus online.

Platform

Mplus (M+) mempunyai platform trading yang mesra pengguna. Dimana Interface Platform Trading M+ Online dan Aplikasi M+ Online mudah di fahami dan senang untuk di pelajari.

Sekiranya anda ingin berjual beli saham melalui platform Mplus tapi masih ragu-ragu dan tak tahu cara, jangan risau, anda boleh baca artikel jual beli saham di platform Mplus.

Bagi mereka yang menggunakan Aplikasi M+ Online, anda boleh baca artikel ciri-ciri ringkas aplikasi M+ online untuk informasi lanjut.


Servis oleh Broker / Remisier

Peranan mereka sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham.

Jika seseorang ingin membuka akaun saham CDS, orang tersebut  mesti membuka akaun ini dengan  seorang dealer atau remisier yang mengurus akaun tersebut.

Comments